*** KaMaLiNa's * DiGiTaL * aLbUm ***

By: kamalina aka aimi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Mar-2008 10:55 Email | Share | Bookmark
Apa cerita yg menarik???

Sedapnya hirup kuah mee sup tu...
Kalau nangis je mesti nak garu kepala yg tak gatal tu...
Jom mkn kek.. yummy yummy...
hmmm, lama jugak aku tak update fp ni... mmg nak update sgt2, tapi kesihatan tak mengizinkan... aku diserang diarrhea, muntah2 + demam on monday... complete set... aduihhh.. letihnya badan... tapi jgn ingat yg bukan2 ya... ni gara2 keracunan makanan aje.... hari ni kira kembali segar 100% & blhla aku update fp ni...

Sebelum tu nak cite sket la...kalau ikutkan, semalam aku dah plan nak invite mimi (salah seorang rakan fp aku) utk singgah ke rumah aku ni.. sebab mimi ni on the way dari kuantan ke KL... tapi gara2 kesihatan aku yg tak mengizinkan, terpaksa cancel segala plan... sedih gak, sebab aku ni dah berangan mcm2, excited sgt nak jumpa mimi... so, msg ni khas utk mimi "sori sgt2 mimi, kita tak dpt jumpa... next time kalau awak balik ktn lagi, bgtau saya... blh kita jumpa lak nanti"

Aku update fp ni, bukan ada citer menarik pun... tapi tak nak bersawang punya pasal, update la gak... mlm tadi, aku teringin nak mkn mee sup, soh hubby beli... sebab sebelum ni nak mkn apa pun tak selera, tapi bila mkn yg kedai, ok aje... aku lupa lak pesan kat hubby order mee yg kurang pedas, apa lagi... org tu masak cam biasa ler... pedas!!! aku nak mkn pun tak berapa nak lalu.. lain pulak halnya dgn Rafiq.. dia ni tahan pedas... siap hirup lagi kuah mee sup tu.. kalau Haziq lak, siap minum bergelas2 lagi air.. pedas katanya... jom tgk aksi Rafiq yg sempat aku snap mlm tadi..



Lain halnya pulak dgn Taufiq.. after dah layan Rafiq mkn kat dapur, aku dok kat luar lak.. tgk bdk2 ni main sambil tgk tv... tgh2 main tu, mengamuk la pulak.. so, apa lagi, aku snap gambo dia nangis.. saje nak letak kat fp sebab seingat aku jarang sgt aku letak gambo dia menangis ni... biasa letak gambo yg happy2 je... kali ni dpt pun... layan.....


Oh ya.. ni aku nak share resepi yg aku cuba masa weekend hari tu.. mlm org sibuk tunggu result PRU-12, aku membaking kat umah mak aku... resepi ni aku amik dari fp kak rinn Ptg tu sebelum buat, sibuk bersms dgn kak rinn, tanya itu ini... kenala tanya org yg penah buat kan... So hasilnya, memang best sgt2 kek ni.. tak rugi mencubanya... cuma tula, belang yg aku buat ni tak lawa, dan aku tau mana silapnya... tak yah bgtau kat sini la kan... hehehe.. pas ni InsyaAllah aku akan cuba improvekan lagi tang belangnya tu...




Quote:
KEK MARBLE MOCHA ** kek marble coffee **
Bahan-bahan :

Bahan A
250 gm butter
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

Bahan B (Ayak bersama)
240 gm tepung gandum ** aku guna self-raising flour **
1 sudu teh baking powder

1 camca teh mocha paste
1 camca teh nescafe
** aku cuma guna coffee paste, mocha paste takde. Bila dah letak coffee paste, aku tak letak nescafe sebab aku letak dlm 2 camca ++ coffee paste **

Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan coffee paste. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Alas loyang dengan grease proof paper dan sapu sedikit marjerin di sekeliling dinding dalam loyang.
8. Sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis.
9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net